PAGES

Friday, July 14, 2017

LITTLE GRILLERS SANDAKAN IS THE BEST!



Recap food review Little Grillers bandar IJM Sandakan.
Kali ini team kami bersiaran di sini untuk mencuba sendiri menu 'Chicken Taliwang' yang memang tidak dinafikan rasanya sedap berapi ok. Siapa yang tahan pedas tu memang sesuai datang try. Sambal dia memang meletops sesedap rasa di mulut memang terbaik wei...harga RM7 murah kan.
Untuk minuman kami memilih Virgin Noname (mojito) dan Vanila Frappe yang memang rasanya terangkat. Kalau yang jenis suka diet tu boleh order mojito bagus untuk kesihatan sebab bahan² yang digunakan seperti halia, daun pudina, lemon,sprite dan serai. Harga pun sangat murah RM4 sahaja.






Suasana yang peaceful ditambah dengan hidangan enak dan lazat satu kepuasan sebenarnya untuk team kami. Menu chicken taliwang dia memang ada umpphhh sekali rasa mau berkali² order. Unik pada namanya meletop pada rasanya memang terbaik terutama sambal memang power rasa pedas nya orang kata menyengat rugi kalau tidak cuba.
Harga memang murah sangat². Sesuai kalau bawa family atau bff untuk datang chill sangat selesa. Parking pun senang x payah berebut². Landmark senang untuk cari opposite restoran Kak Cil.
Mau tau macam mana rasa chicken taliwang dan minuman Vrigin noname korang kena datang dan hayati sendiri kelazatan menu² di sini.
Satu port makan yang sesuai untuk chill lepak santai² dengan bff atau family. Persekitaran sangat cosy dan peaceful. Sepanjang bulan ramadhan waktu berniaga ada sedikit perubahan bermula jam 6 petang sampai jam 11 malam. Normal business hour jam 10 pagi hingga 11 malam. Ruang meletak kenderaan sangat mudah dan selesa no need to worry.
Dan yang penting menu yang dihidangkan panas² fresh dari oven. Staff pun semua peramah yang amat 😍. Rugi sangat² kalau tidak datang menu semua sedap² dan murah². Highly recommendation to all kaki makan . Selamat mencuba semua! 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !