PAGES

Monday, June 12, 2017

Food Review @ Restoran Sabah Kertang Sandakan



Recap Food Review Restoran Sabah Kertang Sandakan, Sabah
Sabah Kertang merupakan sebuah restoran francais dari Sabah, Malaysia dan telah membuka restoran pertama pada tahun 2017 di Kota Kinabalu @ Sadong Jaya. Kini, Sabah Kertang mempunyai tiga cawangan di Kota Kinabalu (Api-Api Centre, Sadong Jaya dan Plaza 333). Begitu juga di Miri, Sarawak dan terbaru di Sandakan.

Apa yang istimewa mengenai restoran Sabah Kertang adalah ikan kerapu gergasi/kertang yang dibekalkan setiap hari. Walau bagaimana pun terdapat juga ikan lain seperti tuna dan siakap, sotong dan udang sebagai menu tambahan untuk pelanggan cuba.



Difahamkan restoran Sabah Kertangan cawangan Sandakan baru dibuka pada awal Januari 2017 dan 100% halal. Semua pekerja termasuk chef adalah muslim jadi tidak ada sebab untuk diragukan kerana segala urusan pengendalian makanan dibuat oleh pekerja yang beragama islam.

Waktu perniagaan seawal jam 7 pagi - 10 malam setiap hari Selasa hingga Ahad. Pada hari Isnin restoran Sabah Kertang Sandakan akan tutup. Nama restoran diambil sempena nama ikan Kertang yang semua orang sedia maklum isi ikan kertang sangat sedap dan lembutSemasa kami membuat review di sana team kami memilih untuk mencuba menu berbuka puasa yang ditawarkan oleh restoran ini. Kami disajikan menu berbuka puasa untuk 4 orang. Terdapat tiga pakej/set berbuka puasa yang korang boleh pilih di sini. Kami disajikan menu asam pedas ikan kertang, udang goreng telur, sawi manis dan air sirap.

Asam Pedas Ikan Kertang
  

Sawi Manis
Semua menu di sini adalah makanan yang sihat kerana ianya segar. Pemilik restoran sangat menitik beratkan kesegaran ikan yang dimasak demi memenuhi kepuasan dan cita rasa pelanggan mereka. Walaupun berkonsepkan makan laut namun menu lain juga ada disediakan. Pelanggan boleh makan santai di restoran atau membawa balik atau membuat pesanan terlebih dahulu. 

Sempena bulan ramadhan restoran Sabah Kertang Sandakan ada menyediakan menu berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Pakej berbuka puasa korang boleh lihat seperti di bawah ini. 



Kemudahan seperti WIFI ada disediakan di sini bagi memudahkan pelanggan yang memerlukan akses internet. Ruang untuk meletak kenderaan juga sangat selesa dan percuma berhadapan lokasi restoran. Suasana dan persekitaran restoran sangat cosy sesuai untuk seisi keluarga mahu pun grouping. Sementara menunggu pesanan sampai, pelanggan akan disajikan dengan slide show/video bagaimana proses pemeliharaan ikan kertang dibuat di kolam yang terletak di Lahad Datu.

Kesimpulannya korang wajib datang ke Sabah Kertang Sandakan dan mencuba sendiri menu mereka terutama Asam Pedas Ikan Kertang memang lain daripada yang lain. Kalau tak percaya korang kena datang tau. Terima kasih diucapkan kepada pemilik Sabah Kertang Sandakan En. Afiq Ifwat dan En.Nasir di atas kesudian melayan dan memberi peluang team kami membuat liputan tentang restoran yang boleh dikunjungi oleh pelancong luar mahu pun tempatan.

Sabah Kertang Sandakan
Ground Floor, Lot 1, Block 6, Bandar Indah
Sandakan Town, Sabah, Malaysia
Tel : 089-213024
FB: Sabah Kertang Sandakan 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !