PAGES

Saturday, June 17, 2017

Princess Muslimah Spa Sandakan @ Nana Beauty




Bersiaran dan membuat liputan di salah sebuah spa muslimah yang terkenal di bandar Sandakan Princess Muslimah Spa Sandakan yang berlokasi di Bandar Indah dalam happy mart.
Beroperasi pada jam 10 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga jumaat. Manakala pada Sabtu dan Ahad spa akan dibuka pada jam 10.30 pagi hingga jam 4 petang. Sepanjang bulan ramadhan masa operasi bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 4 petang pada setiap hari.
Lokasi yang sangat strategik mudah dilihat dan dikunjungi. Macam² khidmat yang ditawarkan di spa ini seperti refreshing facial, body massage, pedicure dan manicure, ada sauna herba untuk buang angin dan macam² ada di spa ini.


Admin memilih untuk mencuba 'La Soul Facial Totok' kerana tertarik dengan keunikan nama tersebut dan perasaan ingin tahu bagaimana urutan dibuat. Totok tu bahasa jawa maksudnya ketukan yang disesuaikan dengan urutan secara lembut.


Secara keseluruhannya dari segi servis yang ditawarkan memang terbaik tambah² lagi harga yang dikenakan kepada pelanggan juga berpatutan kira harga mampu bayar. Keadaan persekitaran spa itu sendiri sangat unik dan cute lebih² lagi bila owner spa memilih interior dalaman barangan 'Hello Kitty' sebagai penghias. Lihat saja bedsheet katil juga daripada hello kitty simple namun nampak stylish.



Highly recommendation kepada ladies dan wanita² sekitar Sandakan korang memang patut datang dan merasai sentuhan berbisa daripada owner mahu pun team spa ini. Selain menawarkan perkhidmatan urutan dan facial, pemilik spa sendiri merupakan stokis bagi produk La Soul. Jadi pada yang berminat dan ingin mencuba produk tersebut boleh dapatkan di spa ini sementara ada harga promosi ditawarkan.






Last but not least, owner spa ini memang cantiks uols 😋. Kulit licin putih gebu mulus haih korang memang patut datang dan tanya apa rahsia kecantikan kulit beliau. Jangan risau sebab owner spa nih sangat peramah melayan setiap pelanggan yang datang.
Terima kasih diucapkan kepada pemilik puan Nana kerana sudi melayan team kami semasa membuat liputan. Semoga perniagaan spa semakin maju dan berkembang selepas ini dan menambah lagi satu cawangan baru di masa hadapan. Kepada yang ingin datang dan membuat temu janji boleh berhubung terus di talian 011-8420304 atau follow FB: Princess Muslimah Spa Sandakan

Monday, June 12, 2017

Food Review @ Restoran Sabah Kertang Sandakan



Recap Food Review Restoran Sabah Kertang Sandakan, Sabah
Sabah Kertang merupakan sebuah restoran francais dari Sabah, Malaysia dan telah membuka restoran pertama pada tahun 2017 di Kota Kinabalu @ Sadong Jaya. Kini, Sabah Kertang mempunyai tiga cawangan di Kota Kinabalu (Api-Api Centre, Sadong Jaya dan Plaza 333). Begitu juga di Miri, Sarawak dan terbaru di Sandakan.

Apa yang istimewa mengenai restoran Sabah Kertang adalah ikan kerapu gergasi/kertang yang dibekalkan setiap hari. Walau bagaimana pun terdapat juga ikan lain seperti tuna dan siakap, sotong dan udang sebagai menu tambahan untuk pelanggan cuba.



Difahamkan restoran Sabah Kertangan cawangan Sandakan baru dibuka pada awal Januari 2017 dan 100% halal. Semua pekerja termasuk chef adalah muslim jadi tidak ada sebab untuk diragukan kerana segala urusan pengendalian makanan dibuat oleh pekerja yang beragama islam.

Waktu perniagaan seawal jam 7 pagi - 10 malam setiap hari Selasa hingga Ahad. Pada hari Isnin restoran Sabah Kertang Sandakan akan tutup. Nama restoran diambil sempena nama ikan Kertang yang semua orang sedia maklum isi ikan kertang sangat sedap dan lembutSemasa kami membuat review di sana team kami memilih untuk mencuba menu berbuka puasa yang ditawarkan oleh restoran ini. Kami disajikan menu berbuka puasa untuk 4 orang. Terdapat tiga pakej/set berbuka puasa yang korang boleh pilih di sini. Kami disajikan menu asam pedas ikan kertang, udang goreng telur, sawi manis dan air sirap.

Asam Pedas Ikan Kertang
  

Sawi Manis
Semua menu di sini adalah makanan yang sihat kerana ianya segar. Pemilik restoran sangat menitik beratkan kesegaran ikan yang dimasak demi memenuhi kepuasan dan cita rasa pelanggan mereka. Walaupun berkonsepkan makan laut namun menu lain juga ada disediakan. Pelanggan boleh makan santai di restoran atau membawa balik atau membuat pesanan terlebih dahulu. 

Sempena bulan ramadhan restoran Sabah Kertang Sandakan ada menyediakan menu berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Pakej berbuka puasa korang boleh lihat seperti di bawah ini. 



Kemudahan seperti WIFI ada disediakan di sini bagi memudahkan pelanggan yang memerlukan akses internet. Ruang untuk meletak kenderaan juga sangat selesa dan percuma berhadapan lokasi restoran. Suasana dan persekitaran restoran sangat cosy sesuai untuk seisi keluarga mahu pun grouping. Sementara menunggu pesanan sampai, pelanggan akan disajikan dengan slide show/video bagaimana proses pemeliharaan ikan kertang dibuat di kolam yang terletak di Lahad Datu.

Kesimpulannya korang wajib datang ke Sabah Kertang Sandakan dan mencuba sendiri menu mereka terutama Asam Pedas Ikan Kertang memang lain daripada yang lain. Kalau tak percaya korang kena datang tau. Terima kasih diucapkan kepada pemilik Sabah Kertang Sandakan En. Afiq Ifwat dan En.Nasir di atas kesudian melayan dan memberi peluang team kami membuat liputan tentang restoran yang boleh dikunjungi oleh pelancong luar mahu pun tempatan.

Sabah Kertang Sandakan
Ground Floor, Lot 1, Block 6, Bandar Indah
Sandakan Town, Sabah, Malaysia
Tel : 089-213024
FB: Sabah Kertang Sandakan 

Sunday, June 4, 2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Tatu Cafe Sabah




#infoberbukapuasa2017 #menuberbukapuasa2017 #iftar2017 #pakejberbukapuasa2017 #ramadhanbuffet2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Narada Hotel Sabah



#menuberbukapuasa2017 #infoberbukapuasa2017 #pakejberbukapuasa2017 #buffetramadhan2017 #lokasiberbukapuasa2017 #iftar2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Sutera Harbour



#infoberbukapuasa2017 #menuberbukapuasa2017 #pakejberbukapuasa2017 #infoberbukapuasa2017 #buffetramadhan2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Horizon Hotel Sabah



#menuberbukapuasa2017 #infoberbukapuasa2017 #pakejberbukapuasa2017 #iftar2017 #lokasiberbukapuasa2017 #iftar2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Hilton Kota Kinabalu



#menuberbukapuasa2017 #infoberbukapuasa2017 #buffetramadhan2017 #lokasiberbukapuasa2017 #iftar2017 #pakejberbukapuasa2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Promenade Hotel Kota Kinabalu



#infoberbukapuasa2017 #buffetramadhan2017 #lokasiberbukapuasa2017 #menuberbukapuasa2017 #iftar2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Sabah Oriental Hotel



#infoberbukapuasa2017 #menuberbukapuasa2017 #lokasiberbukapuasa2017 #promosiberbukapuasa2017 #pakejbuffetramadhan2017