PAGES

Sunday, July 16, 2017

Ikan Bakar Mama Resepi Popular @ Bandar Leetat Sandakan, Sabah



Food Review @ Ikan Bakar Mama Resepi Bandar Leetat Sandakan
Pagi² admin punya misi hari ini jalan-jalan cari makan di bandar leetat. Terus singgah di restoran ikan bakar mama resepi order nasi kuning craving punya pasal.

Friday, July 14, 2017

KEJOHANAN BOLASEPAK 9S PIALA PUSINGAN TAHUN KE 2 *DSAR CUP* 2017



{ SPECIAL SHOUT OUT }
KEJOHANAN BOLASEPAK 9S PIALA PUSINGAN TAHUN KE 2 *DSAR CUP* 2017...
👉   Tarikh 29-30 Julai 2017
👉Tempat padang kg. Bilit kinabatangan
👉Cabut undi 26hb julai 2017(rabu)
HADIAH:
👉JOHAN... RM1000 + 1SET JERSEY + PIALA PUSINGAN THUN KE 2
👉N.JOHAN... RM500 + 1 SET JERSEY
👉KETIGA... RM300
👉KEEMPAT... RM200
👉HADIAH TERBAIK:
- Pengurus
- Pasukan
- Pemain
- Goal keeper
- penjaring terbanyak
YURAN...
RM200.00

Port Rekreasi Jeti Kg Bambangan Sandakan, Sabah



Produk pelancongan terbaru di Sandakan iaitu Port Rekreasi Jeti Kg Bambangan Jln Seguntor Batu 11 Sandakan, Sabah.
Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di sini bersama keluarga tersayang. Nak datang untuk santai² boleh, mandi-mandi pun boleh. Nak karaoke atau bbq pun lagi lah boleh.
Pada kaki pancing pula, korang pun boleh bawa joran rileks² sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Yuran sebanyak RM2 akan dikenakan kepada dan dibuka 24 jam.
Buat masa ini, difahamkan kemudahan penginapan belum dapat disediakan tetapi akan datang homestay akan dan permainan air seperti banana boat turut disediakan sebagai salah satu tarikan dan aktiviti keluarga.
Di sini terdapat restoran yang menyediakan hidangan masakan laut yang segar seperti ikan, ketam dan udang.
Jadi orang Sandakan dan pelancong luar jangan lupa foot print di sini cipta moment terindah korang bersama yang tersayang 😍







kdt: JETI Kg Bambangan

LITTLE GRILLERS SANDAKAN IS THE BEST!



Recap food review Little Grillers bandar IJM Sandakan.
Kali ini team kami bersiaran di sini untuk mencuba sendiri menu 'Chicken Taliwang' yang memang tidak dinafikan rasanya sedap berapi ok. Siapa yang tahan pedas tu memang sesuai datang try. Sambal dia memang meletops sesedap rasa di mulut memang terbaik wei...harga RM7 murah kan.
Untuk minuman kami memilih Virgin Noname (mojito) dan Vanila Frappe yang memang rasanya terangkat. Kalau yang jenis suka diet tu boleh order mojito bagus untuk kesihatan sebab bahan² yang digunakan seperti halia, daun pudina, lemon,sprite dan serai. Harga pun sangat murah RM4 sahaja.






Suasana yang peaceful ditambah dengan hidangan enak dan lazat satu kepuasan sebenarnya untuk team kami. Menu chicken taliwang dia memang ada umpphhh sekali rasa mau berkali² order. Unik pada namanya meletop pada rasanya memang terbaik terutama sambal memang power rasa pedas nya orang kata menyengat rugi kalau tidak cuba.
Harga memang murah sangat². Sesuai kalau bawa family atau bff untuk datang chill sangat selesa. Parking pun senang x payah berebut². Landmark senang untuk cari opposite restoran Kak Cil.
Mau tau macam mana rasa chicken taliwang dan minuman Vrigin noname korang kena datang dan hayati sendiri kelazatan menu² di sini.
Satu port makan yang sesuai untuk chill lepak santai² dengan bff atau family. Persekitaran sangat cosy dan peaceful. Sepanjang bulan ramadhan waktu berniaga ada sedikit perubahan bermula jam 6 petang sampai jam 11 malam. Normal business hour jam 10 pagi hingga 11 malam. Ruang meletak kenderaan sangat mudah dan selesa no need to worry.
Dan yang penting menu yang dihidangkan panas² fresh dari oven. Staff pun semua peramah yang amat 😍. Rugi sangat² kalau tidak datang menu semua sedap² dan murah². Highly recommendation to all kaki makan . Selamat mencuba semua! 

Saturday, June 17, 2017

Princess Muslimah Spa Sandakan @ Nana Beauty




Bersiaran dan membuat liputan di salah sebuah spa muslimah yang terkenal di bandar Sandakan Princess Muslimah Spa Sandakan yang berlokasi di Bandar Indah dalam happy mart.
Beroperasi pada jam 10 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga jumaat. Manakala pada Sabtu dan Ahad spa akan dibuka pada jam 10.30 pagi hingga jam 4 petang. Sepanjang bulan ramadhan masa operasi bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 4 petang pada setiap hari.
Lokasi yang sangat strategik mudah dilihat dan dikunjungi. Macam² khidmat yang ditawarkan di spa ini seperti refreshing facial, body massage, pedicure dan manicure, ada sauna herba untuk buang angin dan macam² ada di spa ini.


Admin memilih untuk mencuba 'La Soul Facial Totok' kerana tertarik dengan keunikan nama tersebut dan perasaan ingin tahu bagaimana urutan dibuat. Totok tu bahasa jawa maksudnya ketukan yang disesuaikan dengan urutan secara lembut.


Secara keseluruhannya dari segi servis yang ditawarkan memang terbaik tambah² lagi harga yang dikenakan kepada pelanggan juga berpatutan kira harga mampu bayar. Keadaan persekitaran spa itu sendiri sangat unik dan cute lebih² lagi bila owner spa memilih interior dalaman barangan 'Hello Kitty' sebagai penghias. Lihat saja bedsheet katil juga daripada hello kitty simple namun nampak stylish.



Highly recommendation kepada ladies dan wanita² sekitar Sandakan korang memang patut datang dan merasai sentuhan berbisa daripada owner mahu pun team spa ini. Selain menawarkan perkhidmatan urutan dan facial, pemilik spa sendiri merupakan stokis bagi produk La Soul. Jadi pada yang berminat dan ingin mencuba produk tersebut boleh dapatkan di spa ini sementara ada harga promosi ditawarkan.






Last but not least, owner spa ini memang cantiks uols 😋. Kulit licin putih gebu mulus haih korang memang patut datang dan tanya apa rahsia kecantikan kulit beliau. Jangan risau sebab owner spa nih sangat peramah melayan setiap pelanggan yang datang.
Terima kasih diucapkan kepada pemilik puan Nana kerana sudi melayan team kami semasa membuat liputan. Semoga perniagaan spa semakin maju dan berkembang selepas ini dan menambah lagi satu cawangan baru di masa hadapan. Kepada yang ingin datang dan membuat temu janji boleh berhubung terus di talian 011-8420304 atau follow FB: Princess Muslimah Spa Sandakan

Monday, June 12, 2017

Food Review @ Restoran Sabah Kertang Sandakan



Recap Food Review Restoran Sabah Kertang Sandakan, Sabah
Sabah Kertang merupakan sebuah restoran francais dari Sabah, Malaysia dan telah membuka restoran pertama pada tahun 2017 di Kota Kinabalu @ Sadong Jaya. Kini, Sabah Kertang mempunyai tiga cawangan di Kota Kinabalu (Api-Api Centre, Sadong Jaya dan Plaza 333). Begitu juga di Miri, Sarawak dan terbaru di Sandakan.

Apa yang istimewa mengenai restoran Sabah Kertang adalah ikan kerapu gergasi/kertang yang dibekalkan setiap hari. Walau bagaimana pun terdapat juga ikan lain seperti tuna dan siakap, sotong dan udang sebagai menu tambahan untuk pelanggan cuba.



Difahamkan restoran Sabah Kertangan cawangan Sandakan baru dibuka pada awal Januari 2017 dan 100% halal. Semua pekerja termasuk chef adalah muslim jadi tidak ada sebab untuk diragukan kerana segala urusan pengendalian makanan dibuat oleh pekerja yang beragama islam.

Waktu perniagaan seawal jam 7 pagi - 10 malam setiap hari Selasa hingga Ahad. Pada hari Isnin restoran Sabah Kertang Sandakan akan tutup. Nama restoran diambil sempena nama ikan Kertang yang semua orang sedia maklum isi ikan kertang sangat sedap dan lembutSemasa kami membuat review di sana team kami memilih untuk mencuba menu berbuka puasa yang ditawarkan oleh restoran ini. Kami disajikan menu berbuka puasa untuk 4 orang. Terdapat tiga pakej/set berbuka puasa yang korang boleh pilih di sini. Kami disajikan menu asam pedas ikan kertang, udang goreng telur, sawi manis dan air sirap.

Asam Pedas Ikan Kertang
  

Sawi Manis
Semua menu di sini adalah makanan yang sihat kerana ianya segar. Pemilik restoran sangat menitik beratkan kesegaran ikan yang dimasak demi memenuhi kepuasan dan cita rasa pelanggan mereka. Walaupun berkonsepkan makan laut namun menu lain juga ada disediakan. Pelanggan boleh makan santai di restoran atau membawa balik atau membuat pesanan terlebih dahulu. 

Sempena bulan ramadhan restoran Sabah Kertang Sandakan ada menyediakan menu berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Pakej berbuka puasa korang boleh lihat seperti di bawah ini. 



Kemudahan seperti WIFI ada disediakan di sini bagi memudahkan pelanggan yang memerlukan akses internet. Ruang untuk meletak kenderaan juga sangat selesa dan percuma berhadapan lokasi restoran. Suasana dan persekitaran restoran sangat cosy sesuai untuk seisi keluarga mahu pun grouping. Sementara menunggu pesanan sampai, pelanggan akan disajikan dengan slide show/video bagaimana proses pemeliharaan ikan kertang dibuat di kolam yang terletak di Lahad Datu.

Kesimpulannya korang wajib datang ke Sabah Kertang Sandakan dan mencuba sendiri menu mereka terutama Asam Pedas Ikan Kertang memang lain daripada yang lain. Kalau tak percaya korang kena datang tau. Terima kasih diucapkan kepada pemilik Sabah Kertang Sandakan En. Afiq Ifwat dan En.Nasir di atas kesudian melayan dan memberi peluang team kami membuat liputan tentang restoran yang boleh dikunjungi oleh pelancong luar mahu pun tempatan.

Sabah Kertang Sandakan
Ground Floor, Lot 1, Block 6, Bandar Indah
Sandakan Town, Sabah, Malaysia
Tel : 089-213024
FB: Sabah Kertang Sandakan 

Sunday, June 4, 2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Tatu Cafe Sabah




#infoberbukapuasa2017 #menuberbukapuasa2017 #iftar2017 #pakejberbukapuasa2017 #ramadhanbuffet2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Narada Hotel Sabah



#menuberbukapuasa2017 #infoberbukapuasa2017 #pakejberbukapuasa2017 #buffetramadhan2017 #lokasiberbukapuasa2017 #iftar2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Sutera Harbour



#infoberbukapuasa2017 #menuberbukapuasa2017 #pakejberbukapuasa2017 #infoberbukapuasa2017 #buffetramadhan2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Horizon Hotel Sabah



#menuberbukapuasa2017 #infoberbukapuasa2017 #pakejberbukapuasa2017 #iftar2017 #lokasiberbukapuasa2017 #iftar2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Hilton Kota Kinabalu



#menuberbukapuasa2017 #infoberbukapuasa2017 #buffetramadhan2017 #lokasiberbukapuasa2017 #iftar2017 #pakejberbukapuasa2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Promenade Hotel Kota Kinabalu



#infoberbukapuasa2017 #buffetramadhan2017 #lokasiberbukapuasa2017 #menuberbukapuasa2017 #iftar2017

Ramadhan Buffet 2017 @ Sabah Oriental Hotel



#infoberbukapuasa2017 #menuberbukapuasa2017 #lokasiberbukapuasa2017 #promosiberbukapuasa2017 #pakejbuffetramadhan2017