PAGES

Sunday, January 3, 2016

Ocean Palm Seaview Condo




Sebelum menutup tirai tahun 2015, team kami bercadang untuk menghabiskan cuti di Melaka. Kami memilih untuk menginap di sebuah kondominium yang terletak di batu tiga, Tanjung Kling selama 4H3M iaitu Ocean Palm Seaview Condo. Kondo yang kami duduki betul-betul menghadap laut di ketinggian aras 26. Satu pemandangan indah di mana kami boleh melihat sampan nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan dan beberapa kapal korek yang sedang beroperasi menambak laut. 

Kondo kami berada di blok Seaview Tower yang mempunyai 3 bilik tidur di mana setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, almari dan katil. Bilik tidur utama mempunyai tandas sendiri manakala 2 unit bilik tidur lain tandas adalah berasingan. Ruang dapur dan ruang tamu masing-masing dilengkapi meja makan dan kemudahan asas seperti televisyen, radio dan penghawa dingin. Balkoni juga dilengkapi dengan meja dan kerusi andaikata ingin bersantai sambil menikmati pemandangan laut dan tiupan angin yang mendamaikan. 

Pemandangan di sebelah blok pula sangat cantik di mana kami dapat melihat kehijauan sawah padi yang terbentang luas sedap mata memandang. Bukan itu sahaja kami pun dapat melihat rumah2 kampung yang masih mengekalkan struktur binaan rumah kayu melayu lama. Walau pun sewa kondo nih agak mahal tapi sangat berbaloi dengan fasiliti yang disediakan serta pemandangan semulajadi di depan mata sangat mengujakan kami. 

Disebabkan kami tidak membawa apa2 bekalan makanan untuk dimasak jadi kami kenalah ke restoran yang berdekatan untuk memenuhkan nafsu makan kami. Berdekatan dengan kondo nih memang ada banyak port2 untuk makan lebih2 lagi yang berdekatan dengan pantai Klebang....sediakan duit je semua jenis makanan ada dijual. Sambil menikmati keindahan sekeliling kami juga megambil kesempatan untuk mandi manda di kolam renang memandangkan air laut kurang sesuai untuk bersiram...

Selebihnya sebelum pulang ke rumah masing3 sempat juga team kami singgah sekejap menjengok Jonker Walk untuk membeli sedikit buah tangan dan cenderamata sebagai kenang-kenangan dan ada juga kami beli untuk diberikan kepada kawan-kawan dan keluarga yang tidak berkesempatan untuk datang bercuti di Melaka bandaraya bersejarah ini. 

Secara keseluruhannya kami boleh simpulkan percutian 4H3M di Ocen Palm Seaview Condo sangat berbaloi dan kami sangat2 rekomen kepada mana2 traveler yang ingin merasai sendiri pengalaman dan yang paling penting menikmati keindahan ciptaan yang maha esa dengan lebih dekat lagi. Di bawah ini adalah no telefon dan alamat lengkap untuk dihubungi sekiranya berhasrat untuk menginap di sana.

Unit 26.06, Seaview Tower
Ocean Palms Condominium
Batang Tiga, Tanjung Kling
Melaka, 76400, Malaysia
Phone: +6012-6887118 (Ms.Two)


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !