PAGES

Thursday, October 8, 2015

MAJLIS PERASMIAN FOTOGRAFI #KOLEKTIF1 & BAS HOHO 2015 - WORLD TOURISM DAY 2015


Pelancaran Bas HOHO di Matic
Pada 5 Oktober 2015 bertempat di Matic telah berlangsungnya majlis perasmian pameran fotografi #Kolektif1 dan pelancaran Bas Hop on Hop Off (HOHO) sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015. Pameran Fotografi #Kolektif1 ini adalah merupakan kerjasama strategik di antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) bersama Encik Yaman Ibrahim seorang jurugambar profesional tersohor di Malaysia diikuti oleh 28 orang lagi rakan jurugambar tanah air di datangkan khas dari Brunei.


Ketibaan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama media dan dif2 terhormat

Encik Yaman Ibrahim, Jurugambar Profesional terkemuka Malaysia
Pameran ini melibatkan sejumlah 78 karya dan foto hasil dari pelbagai destinasi pelancongan di seluruh dunia. Pameran ini telah pun berlangsung bermula 8 September hingga 30 Oktober 2015 di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic). Dengan memaparkan keunikan dan kesenian dari segi budaya dan gaya hidup, diharapkan ianya akan memberi pendedahan serta kefahaman kepada masyarakat terutama generasi muda tentang aspek2 penting dalam menghasilkan fotografi pelancongan yang berkualiti dan berkredibiliti. 

YB Datuk Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Menurut YB Datuk Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dalam ucapnnya berkata kerjasam strategik yang positif menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sebegini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah kelestrian bahkan mennghasilkan program yang memberi impak tinggi, kos rendah serta dapat dilaksanakan segera. Tema 1Bilion Pelancong, 1Bilion Peluang sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia bermatlamat untuk meraikan sumbangan dan kepentingan pelancongan dalam menjana ekonomi serta membentuk dan mempengaruhi nilai-nilai sosial dan budaya. 





Manakala di peringkat global, UNWTO telah menganjurkan kempen #hashtag, #1billiontourists dan #WTD2015 bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015. Sebagai tanda sokongan terhadap industri pelancongan tempatan, orang ramai juga disarankan untuk memuatnaik gambar-gambar percutian mereka ke destinasi pelancongan negara dengan hashtag, #MYWorldTourismDay.

Di samping itu, semua telah sedia maklum bahawa negara ketika ini sedang menghadapi masalah jerebu yang kritikal secara tidak langsung telah memberi kesan kepada industri pelancongan negara. Dalam konteks ini, pelbagai usaha telah diambil oleh Kerajaan dalam memastikan pekara ini segeran diatasi. MOTAC bersama-sama menyokong semua usaha yang telah diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah jerebu ini. Semoga keadaa ini pulih seperti sediakala demi kepentingan negara dan kelangsungan industri pelancongan secara amnya.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !