PAGES

Tuesday, August 4, 2015

KARNIVAL JUALAN MEGA 1MALAYSIA KINI KEMBALI



Bersama Penaja
Jualan ekstravaganza sempena acara membeli-belah terbesar negara – acara tahunan Karnival Jualan Mega 1Malaysia– kembali lagi dengan tawaran hebat, harga runtuh dan pelbagai aktiviti promosi menarik yang dianjurkan oleh pusat membeli belah dan rangkaian kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.

Jualan mega yang akan berlangsung selama lebih dua bulan bermula hari ini sehingga 31 Ogos akan dimeriahkan dengan penganjuran bazar Ramadhan di seluruh negara yang akan menyemarakkan lagi suasana membeli belah. Pelbagai tawaran hebat disediakan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Karnival Jualan Mega 1Malaysia ini merupakan salah satu daripada tiga kempen membeli belah yang dianjurkan saban tahun oleh Sekretariat Shopping Malaysia, Tourism Malaysia. Dua kempen yang lain adalah Jualan 1Malaysia Grand Prix pada Bulan Mac dan Jualan Akhir Tahun 1Malaysia yang bermula 14 November hingga 3 Januari tahun hadapan.


Persembahan Tarian Kebudayaan & Kesenian 

Ucapan daripada Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan En.Zaidi Kassim
Sektor beli-belah Malaysia merupakan penyumbang utama kepada pendapatan pelancongan negara dengan sumbangan sebanyak RM21.6 bilion atau 30% daripada jumlah pendapatan keseluruhan sebanyak RM72 bilion pada 2014. Aktiviti membeli-belah juga terus kekal sebagai penyumbang kedua tertinggi dalam perbelanjaan pelancong selepas sektor penginapan yang hanya dibezakan dengan 0.3% peratus.

Majlis Pelancaran Jualan Mega 1Malaysia peringkat Negeri Sembilan telah dilancarkan oleh En. Zaidi Kassim, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan berlangsung meriah dengan kehadiran beberapa pusat membeli-belah yang turut mengambil bahagian dalam jualan mega ini antaranya Terminal One Shopping Centre dan Seremban Prima.

Majlis pelancaran turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan kepada para pengunjung antaranya Agihan Bubur Lambuk Percuma, Jelajah telefon pintar vivo, aktiviti sand art untuk kanak-kanak serta persembahan nyanyian secara live. 




Pihak Palm Mall Seremban turut mengadakan sesi Cabutan Bertuah bagi pengunjung yang berbelanja sebanyak RM50 minimum dalam satu resit untuk melayakkan mereka menyertai Cabuta Bertuah. Pengunjung bertuah tersebut membawa pulang :

Hadiah utama :         Telefon pintar tajaan VIVO
Hadia Kedua   :         Keahlian selama sebulan tajaan Celebrity Fitness
Hadiah Ketiga :         Telefon pintar tajaan OPPO
Saguhati        :         Barangan Perhiasan Wanita tajaan GK Jewels dan
  Hadiah tajaan Palm Mall Seremban x 5 pemenang

Tourism Malaysia turut membawa produk Industri Kecil Sederhana (IKS) yang turut mempamerkan barangan jualan seperti Seruling, Produk Daging Salai, Barangan Kraf Anyaman Rotan dan Barangan Makanan Tradisional Negeri Sembilan.

INFO TAMBAHAN

Bagi menambahkan lagi kemeriahan, Tourism Malaysia turut menganjurkan Peraduan Online #beautifulMalaysia yang menawarkan hadiah mingguan selama lebih 12 minggu dari 15 Jun hingga 20 September. Satu hadiah utama dan tiga hadiah saguhati boleh dimenangi setiap minggu. Hadiah-hadiah utama termasuk GoPro Hero 4, iPad Air 2, Canon EOS 100D dan OPPO Find 5.
Peraduan yang terbuka kepada peserta dari seluruh dunia ini memerlukan mereka untuk mengemukakan gambar yang memaparkan keindahan Malaysia dalam empat kategori, iaitu tempat-tempat menarik, sambutan perayaan, makanan dan membeli-belah. Gambar boleh dimuat naik ke Instagram menggunakan hashtag #beautifulMalaysia atau terus ke laman web kempen peraduan (www.tourism.gov.my/beautifulMalaysia).
Gambar yang terpilih akan dipaparkan di poskad pada akhir kempen ini. Poskad tersebut beserta dengan lain-lain poskad yang direka khas bertemakan Beautiful Malaysia akan ditempatkan di lapangan-lapangan terbang terpilih di dalam negara. Poskad ini juga akan digunakan untuk mempromosi 2015 sebagai Tahun Festival Malaysia, atau ringkasnya, MyFest. Pelbagai festival dan acara di negara ini akan turut ditonjolkan pada poskad itu yang boleh didapati dengan mudah oleh para pelancong yang melawat negara ini.
SEPINTAS LALU:

·         Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia pada 2014 mencecah 27.4 juta, meningkat sebanyak 6.7% berbanding 25.7 juta pada 2013.
·         Pendapatan pelancongan pada tahun 2014 adalah sebanyak RM72 bilion, meningkat 10% berbanding RM65.4 bilion yang diperolehi pada 2013.
·         Pelancong ke Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM21.6 bilion untuk membeli-belah pada 2014, meningkat 9.3% berbanding RM19.8 bilion yang dibelanjakan pada 2013.
·         Sektor peruncitan menyumbang 30% daripada jumlah keseluruhan pendapatan pelancongan pada 2014 berbanding 30.2 peratus pada 2013.
·         Aktiviti membeli-belah menjadi penyumbang kedua tertinggi dalam jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong selepas sektor penginapan.
·         MyFest 2015 dijangka akan membantu Malaysia mencapai sasaran ketibaan pelancong seramai 29.4 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM89 bilion pada 2015, sekali gus membantu untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan di bawah Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia iaitu ketibaan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion menjelang 2020.
                                                                                                                                     
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Pn Farah Izedah Safiai, Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia Negeri Sembilan 0123743822.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !