PAGES

Sunday, August 16, 2015

HOMESTAY RIZQI SANDAKAN | HOMESTAY REVIEW


MAIN ENTRANCE & EXTERIOR FRONT VIEW
HOMESTAY RIZQI SANDAKAN merupakan salah satu homestay pilihan yang terdapat di daerah Sandakan,Sabah. Menurut Puan Rusnidah Pusing yang merupakan pemilik homestay, mengatakan bahawa idea untuk mengusahakan homestay ini timbul kerana mereka mempunyai rumah kedua dan rumah pertama selalu dibiarkan sunyi tanpa ada orang yang menginap. Bertitik tolak daripada itu maka pemilik telah mengambil keputusan agar rumah yang pertama dijadikan sebagai homestay. Pada mulanya hanya dijadikan sebagai pendapatan sampingan sahaja namun disebabkan sambutan yang diterima sangat menggalakkan kini ianya telah menjadi satu perniagaan yang serius.

Seperti yang anda lihat di dalam gambar, Homestay Rizqi Sandakan adalah jenis rumah teres dua tingkat yang berlokasi di Taman Indah Jaya Sandakan. Lokasi homestay ini sangat strategik berdekatan dengan bank,Secret Recipe, Old Town, Big Apple, KFC, Pizza Hut, Rekreasi Club, pasaraya dll. Ruang meletak kenderaan yang sangat luas dianggarkan boleh memuatkan 4 hingga 6 buah kenderaan dalam satu masa juga ada disediakan di sini sebagai satu kemudahan kepada pengunjung yang ingin merancang percutian di Sandakan bersama keluarga. Pihak pengurusan homestay Rizqi Sandakan juga telah memasang pintu pagar secara automatik bagi memudahkan pengunjung yang datang keluar dan masuk tanpa turun untuk membuka pagar sendiri.

PARKING AREA VIEW
BEDROOM
Homestay Rizqi Sandakan mempunyai 3 bilik tidur iaitu bilik utama yang dilengkapi dengan 2 katil bersaiz Queen manakala bilik kedua dan ketiga masing2 dilengkapi dengan 1 katil Queen yang ditambah dengan 2 tilam bersaiz single. Ketiga-tiga bilik tersebut dilengkapi dengan kipas dan penghawa dingin untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung sesuai dengan motto mereka "KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI".
DINING & KITCHEN VIEW

Kemudahan lain juga ada disediakan seperti ruang tamu siap dilengkapi dengan penghawa dingin,mesin basuh, peti sejuk, water heater dan Astro. Dan kepada pengunjung yang ingin memasak sendiri peralatan memasak seperti dapur dan BBQ set turut disediakan. Kadar sewa yang dikenakan kepada pengunjung adalah sebanyak RM250 satu malam. Jadi kepada kaki travel terutama dari Semenanjung atau Sarawak kalau bertandang ke Sandakan boleh cuba menginap di Homestay Rizqi Sandakan dan rasakan keunikan serta keramahan orang Sandakan khasnya Sabahan. Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian seperti di bawah :

HOMESTAY RIZQI SANDAKAN
Lot A1765, Lorong 61, Batu 4, Fasa 7A
Taman Indah Jaya,90000 Sandakan Sabah
CALL / SMS/ WHATSAPP : 016-8204342 / 014-9447678
Email : qasydah@yahoo.com
FB : HOMESTAY RIZQI SANDAKAN

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !