PAGES

Saturday, October 11, 2014

PELANCARAN BUKU PANDUAN ‘JOM SINGGAH!’




Penerbitan Buku Panduan Jom Singgah! merupakan jalinan kerjasama Tourism Malaysia dan PLUS Bhd dalam merancakkan lagi usaha mempromosi kepada pelancong domestik dan antarabangsa sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tujuan penerbitan buku panduan “JOM SINGGAH!” secara khususnya adalah untuk memberikan informasi dan panduan kepada pengguna lebuhraya terutamanya pelancong yang menggunakan kenderaan darat untuk melancong dalam negara.

Buku panduan yang telah diterbitkan ini menampilkan tema Kawasan Rehat & Rawat (R&R) PLUS, ‘Signature Food R&R PLUS’ dan tempat-tempat menarik pelancongan yang dapat diakses sepanjang lebuhraya kendalian PLUS Bhd.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen. Pelbagai aktiviti disediakan untuk orang ramai sepanjang hari pelancaran berlangsung.
Antaranya pameran pelancongan, persembahan kebudayaan, kuiz pelancongan, permainan tradisional, promosi dari pihak PLUSmiles dan banyak lagi.

Info lanjut :
En. Ozaery Osman (0126905145) / Cik Nurul Syaqqeera Noor Azizan (0192928499)
Pegawai Pelancongan, Tourism Malaysia Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !