PAGES

Friday, October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436



My Media Travel ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua umat islam di seluruh dunia khususnya warga Malaysia walau di mana anda berada. Semoga tahun baru ini akan memberikan lebih kebaikan dan keberkatan yang berpanjangan dan semoga bumi yang indah ini akan sentiasa aman damai dan dipelihara sebaik mungkin oleh kita sebagai penghuni sementara NYA. 


Ikhlas dari,
Moderator
My Media Travel

Wednesday, October 15, 2014

JOMKEMBARA TRAVEL




Hello travelers !!

Masih tercari-cari  travel agent atau travel operator yang menawarkan pakej yang murah dan berbaloi ? Jom Kembara Travel & Tour ada menawarkan pakej percutian luar dan dalam negara dengan harga yang berpatutan.

Tuesday, October 14, 2014

OMG FEST! @ INTEKMA RESORT SHAH ALAM 22-24 OKTOBER 2014




Hello Semua,

OMGFest! kembali lagi dengan kerjasama bersama Intekma Resort & Convention Center dengan OMG Fest1 @ INTEKMA. Butiran lanjut berkenaan event adalah seperti berikut :

* 100 Booth
* 10 Artis/Selebriti terkenal 
* Persembahan
* SAL..SALE..SALE
* Liputan Media cetak & elektronik
* Limited Door Gifts

Floor Plan (Indoor)

Floor Plan (Pool Area -Food Section)

Banner & Bunting (Approved)


Dan yang paling menarik tertarik daboom PERCUMA hosting dari MYNEXA.MY

Tarikh : 22 - 24 OKTOBER 2014 (Cuti Deepavali)
Tempat : Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam
Masa : 10 pagi - 9 malam
Saiz booth : 2 meter x 2 meter 
Harga tapak booth biasa  : RM500
Early Bird Normal : RM450
Harga booth corner : RM550
Early Bird Corner : RM500
Harga booth makanan : RM600 + Deposit RM50 (untuk kebersihan dan akan dipulangkan) = RM650
(Pool Area)

Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti :
* 1 unit meja
* 2 unit kerusi
* Extension bawak sendiri

Jika berminat sila call / whatsap Cik Tina 012-2825 015 sekarang untuk booking dan info lanjut.


Mydin Deepavali Festival Promotion !!




Saturday, October 11, 2014

PELANCARAN BUKU PANDUAN ‘JOM SINGGAH!’




Penerbitan Buku Panduan Jom Singgah! merupakan jalinan kerjasama Tourism Malaysia dan PLUS Bhd dalam merancakkan lagi usaha mempromosi kepada pelancong domestik dan antarabangsa sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tujuan penerbitan buku panduan “JOM SINGGAH!” secara khususnya adalah untuk memberikan informasi dan panduan kepada pengguna lebuhraya terutamanya pelancong yang menggunakan kenderaan darat untuk melancong dalam negara.

Buku panduan yang telah diterbitkan ini menampilkan tema Kawasan Rehat & Rawat (R&R) PLUS, ‘Signature Food R&R PLUS’ dan tempat-tempat menarik pelancongan yang dapat diakses sepanjang lebuhraya kendalian PLUS Bhd.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen. Pelbagai aktiviti disediakan untuk orang ramai sepanjang hari pelancaran berlangsung.
Antaranya pameran pelancongan, persembahan kebudayaan, kuiz pelancongan, permainan tradisional, promosi dari pihak PLUSmiles dan banyak lagi.

Info lanjut :
En. Ozaery Osman (0126905145) / Cik Nurul Syaqqeera Noor Azizan (0192928499)
Pegawai Pelancongan, Tourism Malaysia Negeri Sembilan