PAGES

Monday, September 22, 2014

OMG FEST! CRAZY RAYA SALE PART 2 KEMBALI LAGI !!!




OMGFEST! KEMBALI MENYENGAT SEMPENA AIDIL ADHA

OMGFest! kembali lagi dengan tema OMGFest! Crazy Raya Sale – Part 2 yang akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam, Selangor pada hari Ahad, 28 September 2014 bermula pada pukul 10 pagi hingga 9 malam. 

Sempena menyambut ketibaan hari raya aidiladha, penganjur OMGFest! akan menghimpunkan lebih 200 peniaga-peniaga atas talian dengan produk-produk serta trend terkini merangkumi aksesori , tas tangan, fesyen muslimah, kasut, kosmetik hinggalah ke produk makanan dengan harga runtuh sehingga 90%. 
Hanya satu hari jualan besar-besaran ini yang juga akan menghimpunkan lebih 20 orang artis/selebriti terkenal tanah air seperti Afdlin Shauki, Mawar Rashid, Zur Eda, Bienda, Catriona Ross, Aida Rahim, Aida Aris, Noorshila Amin, Arja Lee, Saida & Saerah, Nadia Mustafa dan ramai lagi yang akan memeriahkan lagi acara OMGFest! kali ini. Masih mengekalkan elemen berbelanja sambil menderma, kali ini OMGFest! bersama Muslim Care, Youth Change Movement Malaysia (YCM Malaysia) serta Appslippers Pioneer sebagai rakan digital media akan mengadakan pertunjukkan fesyen inspirasi dari bumi Gaza yang bertemakan “Gaza Fashion Expression” dimana akan menampilkan 18 rekaan ekslusif daripada Madiha Souk. Selain dari pertunjukkan fesyen dan pelbagai aktiviti pentas, terdapat juga kawasan permainan istana angin yang akan disediakan khas untuk kanak-kanak bermain sementara ibu bapa mereka membeli belah.

Menurut Pengarah Urusan OMGFest Ventures, Lieza Baharum, sasaran utama acara ini adalah
bukan sekadar mendekatkan usahawan-usahawan atas talian dengan pembeli sahaja tetapi juga sebagai platform untuk mereka melebarkan rangkaian perniagaan mereka melalui “Business Matching” yang kami anjurkan dimana mereka dapat mempelajari kaedah pengawasan kewangan yang membantu mereka untuk menstabilkan perniagaan dari segi pemilihan harga yang bersesuaian dengan produk hingga ke budget pemasaran yang ideal tanpa memerlukan latar belakang kewangan atau pemasaran.

OMGFest! yang diambil dari singkatan “Oh Must Go Festival” juga akan berada di beberapa
bandar utama bermula di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kelantan,Terengganu dan akan berakhir di Kuala Lumpur untuk mempromosikan acara ini. Bagi mereka yang berminat untuk turut serta di dalam acara ini boleh menghubungi pihak OMGFest Ventures di talian 011-2626 1656 (Daz) / 019-279 6275 (Liza) 012-282 5015 (Tina)  atau email kepada enquiry@omgfest.my. Untuk keterangan lanjut boleh layari laman sesawang www.omgfest.my

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !