PAGES

Thursday, April 24, 2014

Pesta Permainan Tradisional 1Msia 2014




Persatuan Pendamai dan My Media & Event Management dengan suka citanya ingin menjemput semua remaja, belia, dan komuniti setempat untuk mengambil bahagian di dalam Pesta Permainan Tradisional 1Msia yang bertempat di Port Dickson,Negeri Sembilan pada 17 & 18 Mei 2014. Ada 3 kategori pertandingan yang akan dipertandingkan iaitu :

1. Pertandingan Permainan Tradisional
# Batu Seremban
# Guli
# Congkak
# Layang-Layang
# Zero Point
# Teng Teng
# Baling Getah
# Baling Selipar
# Lidi Sate

Yuran penyertaan bagi setiap acara permainan tradisional adalah sebanyak RM5 dan penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

2. Pertandingan Tarian Tradisional
Penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM20 sahaja.

3. Pertandingan Pakaian Tradisional
Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM20 sahaja.

Kepada individu atau kumpulan yang berminat menyertai dan ingin tahu lebih lanjut sila berhubung terus dengan Cik Tina 012-2825015 & Encik Raja 013-7750014.

2 comments:

  1. some of the game I never heard before like teng teng (lol my name), lidi sate and zero point
    kind of interesting for city folks :)
    keep in touch tina ^^
    I'm following ur gfc now, hope u follow me back as well
    MY-Emily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emily throwback time am kinda miss our those days traditional games and I cant wait for the event....hope you can joint too :). Ok I following you back on GC ya

      Delete

Thanks for your comments much appreciated !