PAGES

Monday, December 16, 2013

Karnival Teluk Batik ~ New Year Countdown 2014


Dijemput semua warga Perak datang beramai-ramai ke Teluk Batik bermula 28hb Disember sehingga 1 Januari 2014 sempena menyambut tahun baru 2014 yang akan berlangsung di Dataran Teluk Batik. Ajak kawan-kawan dan saudara mara sama-sama memeriahkan lagi karnival ini kerana pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan oleh pihak penganjur khas untuk para pengunjung sama ada dalam negeri Perak mahu pun pengunjung luar.

Pelbagai pameran jualan akan dibuka bagi membuka peluang kepada peniaga dan usahawan tempatan untuk mempromosi barangan dan produk yang diniagakan. Pertandingan seperti mewarna juga disediakan untuk kanak-kanak sempena menyambut tahun baru 2014 di samping memberi peluang kepada generasi muda ini menonjolkan bakat mereka serta mengeratkan lagi silaturahim di antara peserta yang mengambil bahagian.




Selain itu pertandingan seperti karaoke , pertandingan sukan rakyat dan persembahan artis jemputan juga akan dimuatkan sebagai pengisian acara bagi memantap dan memeriahkan lagi bahang sambutan tahun baru. Dan acara yang paling kemuncak adalah pertunjukan bunga api yang akan diadakan tempat pada jan 12 malam 31 Disember 2013 yang sekaligus penamat pada tahun 2013. 

Sekiranya ada peniaga atau usahawan yang berminat untuk menyewa tapak berniaga boleh berhubung terus kepada nama-nama yang tertera seperti di atas. Tapak sewaan untuk berniaga masih lagi dibuka sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Akhir sekali jangan lupa ajak kawan-kawan, saudara mara dan orang tersayang datang beramai-ramai berkunjung ke Dataran Teluk Batik untuk sama-sama memeriahkan lagi karnival tahun baru ini. Jumpa anda semua di sana ya...

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !