PAGES

Saturday, December 22, 2012

Sambutan Malam Ulang Tahun Kedua Majalah Aroma



Pintu masuk ke Rumah Tamu Datin Halijah 
Sebelum bercerita lanjut mengenai sambutan ulang tahun kedua majalah aroma, terlebih dahulu saya ingin kongsikan sedikit informasi berkaitan majalah aroma dengan pembaca. Majalah AROMA merupakan sebuah majalah masakan di bawah penerbitan Suri Media Sdn Bhd yang kini telah memasuki tahun kedua di pasaran. 


Backdrop majlis ulang tahun  Majalah Aroma 
Sepanjang tempoh penerbitannya, majalah AROMA sentiasa menghidangkan yang terbaik dan melakukan pelbagai transformasi dari semasa ke semasa bagi memenuhi kepuasan pembaca setia majalah AROMA.

Majlis ulang tahun kedua majalah AROMA telah dirasmikan oleh Dato Ainun Khariyah bt Hj Abas, Ketua Umno Wanita Bahagian Pasir Salak
Justeru itu, majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan menghargai ramai pihak yang telah sudi bekerjasama sepanjang penerbitan majalah AROMA. Tidak lupa juga tanda terima kasih kepada krew AROMA yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meletakkan majalah ini seiring dengan majalah lain dan mampu bersaing di pasaran.

Chef Dato' Ismail Ahmad menurunkan tandatangan beliau sebagai tanda sokongan kepada majalah AROMA
Chef Dato' Ismail, Dato Roy Azman, Edito Aroma Siti dan para artis bersama memotong kek ulang tahun 
suasana majlis ulang tahun majalah AROMA ~ meriah sekali
 
Tetamu dijemput untuk menjamu selera 

Media dan kaunter pendaftaran serta pemberian goodie bags
Hamper dan hadiah kepada pemenang yang bertuah

Persembahan dari artis Izlyn ~ thanks 
Team Majalah AROMA
Tujuan majlis ulang tahun ini diadakan adalah untuk mewar-warkan kemunculan majalah ini secara rasminya kepada umum dan khasnya kepada peminat-peminat yang suka kan bidang masakan. Setelah berada di pasaran selama dua tahun, sambutan yang diterima adalah amat memberangsangkan. Semoga dengan pelancaran ini, AROMA akan lebih dikenali dan akan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Majlis ini berlangsung secara santai dengan elemen tradisional berkonsepkan budaya masyarakat melayu dengan turut menampilkan artis undangan untuk persembahan nyanyian sambil menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu.

Bersempena dengan majlis ini, pelbagai acara pertandingan turut diadakan seperti pertandingan mengukir buah dan sayuran, dekorasi kek buttercream dan pertandingan pulut kuning. Di samping itu acara cabutan bertuah juga diadakan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Dan yang paling menarik lagi hadiah khas bagi kategori pakaian tercantik yang mengikut tema majlis juga akan disampaikan kepada tetamu yang bertuah. 

Untuk melihat lebih banyak gambar sempena majlis ulang tahun kedua majalah AROMA ini, sila layari laman Facebook Aroma di http://www.facebook.com/majalaharoma. Terdapat pelbagai info menarik yang dapat dikongsikan bersama membaca di sana dan jangan lupa untuk LIKE facebook majalah AROMA juga. 

Di kesempatan ini juga saya bagi pihak majalah AROMA ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Rumah Tamu Datin Halijah kerana sudi menjadi penaja lokasi majlis ini. Tidak lupa juga kepada penaja-penaja lain yang sudi memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada majalah AROMA. Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang pada malam tersebut , semoga kita akan bertemu dan bekerjasama lagi di masa yang akan datang.

* Photo credit to : Unit Photo SMSB *

Majalah AROMA 
Sedap! Segar! Sihat!

6 comments:

  1. ala gambar cantik cantikla. btw thanks for the great night kak tina and aroma team :)

    ReplyDelete
  2. Cha akak pon amik pic nih dari unit photo aroma akak mana ada masa amik pic malam tu.....akak pon nak ucapkan terima kasih sebab sudi datang memeriahkan lagi majlis nasib baik dapat hadiah kan :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Meitzeu Merry Christmas to you too...and happy new year 2013 !

      Delete
  4. moga majalah AROMA semakin hari semakin maju :)

    ReplyDelete

Thanks for your comments much appreciated !