PAGES

Wednesday, November 2, 2011

Kenaboi Adventure Camp (Part 2)


Hello peeps and all,

I hope everybody in a good mood and good day :-). Let's check it out my part 2 journey at Kenaboi Adventure Camp as I promised earlier.

Bergambar bersama Ketua kampung Kg Chennah, Tn Hj Abd Rahman dan isterinya Hajah Rusiah @ Mak Ngah

First of all sorry to my traveling group friends to keep all of you waiting for this post....sorry banyak² ya. Now let's talk and continue the story. Kami berpeluang untuk berjumpa dan sekaligus melawat rumah ketua kampung Kg. Chennah untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kami. Tn Haji dan isterinya sangat peramah layanan yang kami terima sangat baik seolah-olah kami sudah kenal lama especially Mak Ngah, orangnya sangat peramah , murah dengan senyuman dan tidak lokek untuk berkongsi tips dan juga petua al-maklum lah orang lama.....lebih dulu makan garam. Terima kasih diucapkan kerana sudi menerima kunjungan kami.


Kenaboi Adventure Campsite

Our camping site

Dewan Makan ~ morning view
Suasana khemah yang sangat greenery cukup untuk menarik minat para pengunjung yang inginkan suasana damai dan tenteram jauh daripada kesibukan kota. Kiri kanan depan belakang semuanya kelihatan hijau membuatkan hati terasa tenang di tambah pula dengan bunyi cengkerik di waktu malam, air sungai yang mengalir sangat mendamaikan. Dewan makan yang beratapkan daun sudah cukup untuk menggambarkan kepada kita bahawa pemilik camp ini sangat menitikberatkan dan mengekalkan elemen alam semulajadi (nature). Kenaboi Adventure Camp sangat sesuai untuk aktiviti seperti team building, team bonding, camping, clinic courses and many things. According to the owner, kebanyakan pengunjung / customer yang datang adalah daripada pelajar² pengajian tinggi, kolej, universiti, NGO, badan² korporat, private company dan ada juga independent travel group yang minat dalam aktiviti sukan lasak turut bermalam di sini.




Sungai ini terletak betul-betul berhadapan dengan tapak perkhemahan. Air sungai ini sangat sejuk dan segar  memang sesuai kepada mereka-mereka yang suka mandi sungai seperti kami ini....:-). Aktiviti seperti tube floating, bamboo rafting ,white water rafting and water confidence boleh dilakukan di Kenaboi Adventure Camp ianya bergantung kepada permintaan customer.

Get ready for our tube floating session
Briefing Session@ Kuala Sg Limau

Lagi briefing time
Saya dan kawan-kawan telah diberi peluang untuk mencuba dan merasai sendiri bagaimana aktiviti tube floating ini dilaksanakan. Sebelum aktiviti bermula kami telah diberi taklimat tentang cara-cara mengendalikan tube dan juga ciri-ciri keselamatan yang perlu kami ketahui. Taklimat telah disampaikan oleh pemilik camp sendiri iaitu Encik Nua Kenaboi. Menurut Encik Nua disebabkan arus sungai yang tidak menentu perkara asas berkaitan keselamatan perlu diketahui oleh peserta terutama kepada mereka yang tidak mempunyai sebarang pengalaman .

Taklimat ini penting sebagai panduan untuk mengelak sebarang kemalangan atau kecederaan. Sedikit tips dari Encik Nua dalam waktu hujan sekiranya banyak daun² atau ranting² kelihatan di atas permukaan air sungai yang deras itu menandakan paras air sungai akan naik  dan disarankan agar cepat² beredar untuk mengelakkan daripada sebarang perkara buruk berlaku. Untuk pengetahuan semua setiap aktiviti yang dijalankan ianya di bawah seliaan dan pemerhatian para guider yang bertauliah dan expert dalam bidang tersebut.


One of my traveling member ~ look at her expression she very happy to get wet

Air Terjun Pertang
 

Kami juga berkesempatan untuk bermandi mandi di air terjun Pertang setelah penat berjalan menyelusuri kawasan hutan kerana air terjun ini terletak di dalam hutan. Walau pun penat namun usaha kami berbaloi kerana kami sangat teruja dengan keindahan air terjun ini.

Hot Spring
Yang ini pula adalah kolam air panas tang juga terletak di dalam hutan just before air terjun Pertang. Pada mulanya saya takut untuk masuk ke dalam kolam kerana dalam fikiran maybe air kolam itu sangat panas . Tapi apabila saya rendamkan kaki perlahan-lahan tidaklah seperti yang dibayangkan malahan kami duduk n bertenggek lama di situ. Ini lah dikatakan tak kenal maka tak cinta.....:-). Kami sangat enjoy dan gembira sekali because instead of exploring new places dalam masa yang sama kami juga beriadah dengan kawan-kawan yang baru kami jumpa. This is the best moment that I could not described by words.

Anak-anak Orang Asli Temuan ~ Just look at their faces I really loved it
Dapat berjumpa dengan anak-anak orang asli suku Temuan adalah satu moment yang sangat precious to me. Lihat lah gelagat bersahaja mereka dengan senyuman yang sangat tulus dan telus. Mereka ini adalah generasi muda yang menjadi pelapis serta perintis orang asli suku Temuan di masa hadapan. Saya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak ini dari segi pendidikan dan juga didikan. Semoga mereka tidak hanyut dengan arus pemodenan yang semakin mencabar dan mampu bersaing duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa² lain yang ada di Malaysia. I will visit all of you again kids in the future.

Ini adalah rumah orang asli suku Temuan
Daging Salai + Kerabu

 Ini adalah menu tengahari kami daging salai masak lemak + buah bacang dan juga sayur kerabu. Menu ini memang adalah requested by me and my friend. Biasanya bila sebut negeri sembilan @ nogori semua orang sudah maklum dengan menu daging salai nya especially area Jelebu, Rembau dan Kuala Pilah. Jadi sebelum sampai Ke Kg Chennah saya telah memberitahu Encik Nua agar daging salai menjadi menu utama kami. Terima kasih kerana merealisasikan impian saya dan kawan-kawan lain. Memang sedap sehinggakan saya habis dua pinggan hahahaha....sayur kerabu pun sedap.

Ini adalah rate yang saya bagi based on review
Daging Salai : 4 bintang
Sayur Kerabu : 3 bintang



BBQ Chicken
At night we decided to untuk mengadakan sesi panggang ayam (BBQ). Ramuan dan rempah ratus adalah hasil tangan Cik Lia (Redah Jea) boleh tahan juga sedapnya.

Encik Nua ~Owner of Kenaboi Adventure Camp
Encik Nua sedang menunjukkan bakat dan kepakaran beliau sambil memberi penerangan cara-cara untuk memasak nasi dalam buluh. Bahan-bahan yang digunakan of course you need buluh dan dipotong seperti dalam pic, beras, santan (jika perlu) dan juga daun 'Lerek' yang digunakan untuk membalut beras. Daun 'Lerek' mempunyai ciri-ciri yang flexible, licin, tidak mudah dan mempunyai aromanya yang tersendiri. Ini adalah satu pengalaman yang baru dan interesting bagi saya dan kawan² kerana sebelum ini saya tidak pernah dengar apatah lagi makan nasi yang dimasak dalam buluh wonder how it cook ? Please see pic below here.

Nasi Buluh dimasak lebih kurang satu jam
Gua Periuk
Ini adalah starting point for our caving aktiviti yang terletak di Gua Periuk, Bukit Pala. Dipercayai Bukit Pala adalah tempat persemadian orang-orang terdahulu (nenek moyang) suku Temuan yang berpangkat dan mempunyai darjat yang tinggi seperti Tok Batin dan Dukun. Cara mereka disemadi sama ada ditanam atau pun diletakkan di atas pokok bergantung kepada wasiat yang ditinggalkan oleh si mati.

Coral Snake
Binatang pertama yang kami temui semasa memasuki Gua Periuk adalah ular yang dikenali sebagai Coral Snake. Panjang ular ini kira-kira 1 meter dan mempunyai warna kulit yang sangat cantik. Walaupun ular ini sedar akan kehadiran kami namun tidak ada sebarang reaksi negative yang ditunjukkan. Ini memudahkan kerja jurugambar untuk snap angle yang cantik.

Scorpion
Kami juga berpeluang untuk mengambil gambar kala jengking ini yang sedang berlegar-legar agaknya sedang mencari mangsa untuk habuannya.

Limestone
Ini adalah part di mana saya tengah memikirkan cara dan teknik bagaimana untuk melepasi salah satu halangan dalam aktiviti caving challenge. Ruang yang kecil dan sempit dengan saiz badan yang saya ada apakah saya berjaya untuk meloloskan diri ?

kami yang berjaya melepasi halangan
Yes I did it my way......one thing always believe yourselves and always thin +ve you can do it. Kami bertiga telah berjaya melepasi halangan itu dan kami bangga dengan diri kami. Bravo girls !!!

Another Obstacle
 This one also I managed to finish it without fears....yeah congrats to me.

Can you see how the caving track ~narrow and small
Mission is succeed
Ini adalah muka-muka yang berjaya melepasi halangan dalam gua. Yang penting semangat dan team work. Anyway the reason why people name it the cave as Gua Periuk because they found one old-classic pot in the middle of the cave as you can see in the pic.

Now this is sesi belajar how to masak lempeng for our breakfast. Encik Nua the main chef in da kitchen explaining and teaching my friends how to make the good lempeng.

Lempeng yang sudah siap dimasak + berintikan ayam

Taraaaaa ~ it is ready to served
 
Group Foto @ Meeting Point ~ Nua Kenaboi mother house
 Last but not least ini adalah group foto yang sempat saya snap sebelum kami meneruskan aktiviti masing². Ada sesetengah daripada mereka akan meneruskan aktiviti mendaki Gunung Besar Hantu manakala separuhnya akan bersantai di tapak perkhemahan Kenaboi Adventure.




 

Alamat Kenaboi Adventure seperti berikut;
No 33, Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan
Website : http://kenaboiadventure.multiply.com
Facebook : http://facebook.com/kenaboiadventure
Contact Number : 013-3101 581 / 017-2244 196 ( Nua Kenaboi)
Untuk sebarang pertanyaan atau booking sila menghubungi nombor seperti yang tertera di atas.


Kenaboi Adventure adalah satu komuniti yang mengendalikan program dan aktiviti kembara yang berpusat di Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan. Aktiviti yang dikendalikan oleh Kenaboi Adventure adalah seperti di bawah :

* Water Base ~ kayaking + tube floating + bamboo rafting (traditional) + free & easy picnic

* Jungle Base ~ cave exploration + jungle trekking + survival + mountain hike + rope management  +
                         abseiling + flying fox + scrambler /mountain bike / 4 wheel drive
* Camp Base ~ camping + indoor/outdoor/field activities + games + indoor/outdoor classes + team building



* Lata Kijang Water Fall ~the 3rd highest Water Fall in Peninsular Malaysia

* Mountain ~ Gunung Besar Hantu , 1468 meter height where you can see sunset /sunrise

* Hotsprings ~ Natural hot spring plus it's native sacred land

* Kenaboi River ~ extreme kayaking + white water rafting

* Caving ~ Suitable for team building / bonding

* Jungle Track ~ Various of jungle trekking, survival lesson, wonderful flora & fauna

At Kenaboi Adventure Camp what they can provide for you ;

* Electricity, water supply, toilet, dining hall, surau, main hall for classes or indoor activities

* Free flow kitchen, BBQ set, igloo tent under a big tent

* 6 times a day buffet meal, Karaoke set (upon request)

* Transportation

Aktiviti yang dijayakan oleh Kenaboi Adventure sangat sesuai kepada pelajar-pelajar pengajian tinggi,  Collages, Universiti, badan² korporat, private company, NGO mahupun individu² tertentu yang berminat untuk mencuba dan ingin lari dari kesibukan kota.



About the Owner :

Owner Name : Khairil Anuar bin Zainal Azman @ lebih dikenali sebagai Nua Kenaboi
Seorang yang mempunyai semangat tinggi untuk membangunkan anak-anak bangsanya sendiri supaya duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Walaupun berasal dari kampung beliau tidak pernah merasa rendah diri atau malu untuk bercampur dengan orang kebanyakan malah beliau bangga bahawa dia mampu dan boleh berjaya seperti orang lain. Berkat kesabaran dan kecekalan yang ada di dalam diri, dia berjaya menaikkan nama Kenaboi Adventure sehingga dikenali ramai sekaligus menangkis segala prasangka buruk daripada sesetengah orang yang kurang senang dengan kejayaan dan usaha murni nya selama ini.

Beliau sendiri merupakan seorang yang sangat adventure dan suka pada aktiviti yang menjurus kepada alam semula jadi.Banyak terlibat dengan program dan aktiviti lasak yang dianjurkan oleh beliau sendiri mahupun anjuran daripada komuniti lain. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada beliau kerap menganjurkan program dan aktiviti yang berasaskan pembangunan insan. Dan pada saya ini adalah satu program yang sangat baik bagi memupuk semangat kecintaan alam sekitar khasnya pada generasi muda yang bakal menjadi pelapis dan pemimpin di masa hadapan.

Kenaboi Adventure Logo ~ sumber drp Nua Kenaboi Facebook

Saya juga ada bertanya mengapa katak menjadi pilihan beliau sebagai logo Kenaboi Adventure. Menurut beliau ianya bermula semasa dia menjadi personal guide kepada 6 orang professor dan doktor yang berasal dari jepun yang pada masa itu sedang mengkaji tentang kaitan katak dengan pemanasan global. Jadi bermula dari situ beliau mendapat idea berdasarkan ciri-ciri katak yang beliau rasa agak sinonim dengan dirinya.



Katak mempunyai kebolehan untuk melompat, berenang, menyelam, memanjat, terjun dan kadangakala ia boleh terbang. Katak boleh ditemui di seluruh dunia walaupun mempunyai bersaiz kecil namun ia adalah haiwan yang sangat comel dan boleh diilustrasikan dengan kepelbagaian watak di mana warna yang hijau itu boleh membuatkan mata yang melihat terpegun dengan kecantikan fauna nya yang semulajadi. Selain daripada itu katak juga terkenal dengan sifat jati diri yang tinggi, mampu meredah segala macam kesusahan dalam mengekalkan jangka hayat dan juga zuriatnya (pemandiri).


Begitu juga halnya dengan Kenaboi Adventure / Nua Kenaboi yang mempunyai kebolehan sama seperti katak. Bahkan mempunyai kebolehan yang pelbagai serta mampu menjalankan aktiviti yang pelbagai dan tidak hanya menumpukan pada satu² bidang ianya variety / versatile.

The best part is beliau telah memilih dan menjadikan 'Lagu Katak Hijau' sebagai lagu tema komuniti mereka sambil digayakan dengan mengikut pergerakan atau movement sang katak. 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
And now it is come to my real point and personal comments . After joined their programs and activities during my visit at Kenaboi Adventure and had my own experienced I can say they really did very good job and I must say congrats and well done to Nua Kenaboi and team members. I really had a good time with all of you and not to forget to mention about the good food of course "Daging Salai" it just awesome.Thank you so much for giving me this golden opportunity and hope we can work together again in the future. All the best to Kenaboi Adventure and may all your effort will get blessing from God. Amin.

p/s : My highly recommendation to try and experience yourselves.

-----------------------------------------------End------------------------------------------------------------

3 comments:

  1. Looks like a great camp with lots of activities!

    ReplyDelete
  2. Natalie ~ It is....really fun and enjoy.

    ReplyDelete
  3. Nice photo's. Tapi kenapa kita tak dapat pergi mandi dekat air terjun pertang??? ni takleh jadiii...

    ReplyDelete

Thanks for your comments much appreciated !