PAGES

Wednesday, August 3, 2011

Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya

Salam,

Selamat berbuka puasa dan menjamu selera !!! sambil-sambil  berbuka puasa tu.....saya nak bagitau satu info penting berkenaan dengan shopping raya nih. Sebenarnya saya dapat info nih pon melalui email yang dihantar oleh  seorang kawan tengahari tadi.....tajuk email tu seperti di bawah :

MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG )

fuyoooo memang menarik dan tertarik da-boom kan, mesti semua tak nak lepaskan peluang termasuk lah saya hahahaha......yelah jualan terus dari kilang siapa yang tak nak dah tentu² murah dan banyak pilihan boleh jimat ~ boleh ker silap haribulan kopak duit. Tapi macam biasalah kan kena beringat jangan membazir beli ikut kemampuan jangan mengikut nafsu lebih² lagi dalam bulan ramadhan kan.....

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Surat hebahan nih memang sangat formal al-maklum lah perutusan dari kerajaan jadi gomen style tu kena nampak......bau² sikit pon jadilah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
 
            Tarikh            : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2011 (Rabu hingga Ahad)
            Masa              : 10 pagi hingga 10 malam
            Tempat          : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Part yang paling penting adalah details seperti di atas supaya boleh mark calendar cepat² yelah kalau terlepas gigit jari la jawab nyer. Baca dengan teliti supaya tak tersesat kalau yang dah biasa dengan jalan kat Putrajaya maybe tak akan mengalami masalah serius tp kalau yg tak pernah atau ingat² lupa confirm terbabas....so tips kalau tak sure gunalah carian map cik Google apa takde lah kelam kabut nanti.

ahhh...info yang kat bawah ini lagi dahsyat dan meletops.......jom check it out....

Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.

So ada berani......?

4.         Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.
 
5.         Oleh itu, kami memohon kerjasama Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, untuk menyebarkan maklumat ini kepada seluruh bahagian di Kementerian / Agensi Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
                                                                                                                       
6.         Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:-
 
 
 
i.      Encik Asaari bin Zainuddin
No. Tel : 03-8882 5767
Emel : asaari@kpdnkk.gov.my
 
ii.      Puan Noorizati binti Ibrahim
No. Tel : 03-8882 6931
Emel : noorizati@kpdnkk.gov.my
 
 
Sekian dimaklumkan.
"Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1 Suara"  


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

So korang semua tunggu apa lagi jom pakat ramai-ramai serbu Putrajaya.......

4 comments:

  1. jom kakak..hehe.

    kak pos kan je ke alamat nie :

    MARIATI OMAR (Aida Omar)
    Jabatan Pertanian, Bahagian Perlindungan Tanaman Dan Kuarantin Tumbuhan, Aras 1-3, Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin, 50632 Kuala Lumpur.

    maaf kak email hari itu dah hilang pula..

    ReplyDelete
  2. Aida akak pegi hari rabu depan maybe lepas berbuka kot....kalau nak joint jom :-). Ok nnt akak pos kan.

    ReplyDelete
  3. tnkz kak.. tu la kan mcm best je shopping barang raya.. mesti murah2..

    ReplyDelete
  4. shopping memang best.....asalkan ade duit apa pon bole beli.

    ReplyDelete

Thanks for your comments much appreciated !