PAGES

Friday, August 5, 2011

De Palma Buffet Ramadhan !!!

Salam all,

Hari ini saya nak share enrty dengan korang mengenai De Palma Hotel yang terletak di Kuala Selangor.  Pada hari sabtu yang lepas saya telah dijemput oleh Encik Harun (Sales & Marketing Manager) untuk membuat sedikit review mengenai Ramadhan Buffet yang disediakan oleh De Palma Hotel Kuala Selangor sempena bulan ramadhan ini. Citarasa Ramadhan Masakan Kampung & Warung merupakan tema pilhan pada kali ini di mana pelbagai masakan beraneka juadah untuk berbuka puasa dengan konsep yang berlainan pada harga yang berpatutan, sesuai dan selesa untuk seisi keluarga ada ditawarkan sepanjang bulan ramadhan ini.








Pakej berbuka puasa secara buffet yang ditawarkan oleh De Palma Hotel Kuala Selangor adalah seperti berikut :
* Untuk tempahan 10 orang ke atas diskaun akan diberikan

Harga untuk orang dewasa adalah RM33.00  nett per pax

Kanak-kanak adalah RM18.00 nett per pax ( yang berumur 4-12 tahun)


De Palma Hotel Kuala Selangor juga ada menyediakan kemudahan beribadah seperti surau bagi memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat fardhu dan juga sembahyang terawih bersama-sama imam sepenuh masa di hotel tersebut. Di bulan Ramadhan yang mulia ini juga, De Palma Hotel Kuala Selangor mengadakan program ibadat Qiamulail pada sepuluh malam terakhir. Anda bolehlah mengajak sanak saudara dan keluarga tersayang untuk sama-sama mengerjakan ibadat ini dengan penuh keberkatan. Pakej untuk Qiamulail ini berharga RM65.00 nett satu bilik untuk 2 orang. Kemudahan yang disediakan adalah seperti ;

* Imam
* Surau
* Sahur
* Bilik penginapan (minimum untuk 2 orang)


Sempena bulan yang mulia ini, De Palma Hotel Kuala Selangor juga menerima tempahan daripada sesiapa yang ingin beramal jariah, bersedekah serta berbuka puasa bersama anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas, & juga golongan OKU.

Harga untuk orang dewasa adalah RM28.00 nett per pax ( minimum 20 orang)


Kanak-kanak adalah RM15.00 nett per pax


Pihak hotel juga sedia membantu & menguruskan dalam mencari anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, warga emas & OKU. Kepada anda yang ingin membekalkan bubur lambuk ke masjid-masjid, surau-surau mahupun di rumah serta badan-badan kerajaan dan swasta, De Palma Hotel Kuala Selangor ada menawarkan tempahan bubur lambuk yang berharga RM150.00 nett untuk satu periuk.

Di samping itu De Palma Hotel Kuala Selangor menawarkan pakej penginapan sepanjang bulan ramadhan dengan harga promosi RM150.00 nett bermula dari 1hb Ogos - 28hb Ogos 2011 ( bilik untuk 2 orang termasuk Buffet Berbuka Puasa untuk 2 orang). Sebarang pertanyaan, tempahan atau maklumat lanjut sila hubungi talian seperti berikut 03-3289 7070.


Untuk makluman, masih ada banyak lagi yang ingin saya kongsikan dengan anda mengenai De Palma Hotel Kuala Selangor ini so stay tune with Part 2 ok. Kalau yang berminat untuk mengalami sendiri pengalaman berbuka puasa suasana kampung De Palma Hotel Kuala selangor lah tempatnya so cepat² call dan buat tempahan bersama orang yang tersayang.

Bye !!

2 comments:

  1. nak tanye..ok ke menu n taste nye?

    ReplyDelete
  2. Kalau nak tahu sama ada taste ok kena la datang sendiri.....:-) for me ok jer tp tak tahu lah awak kan...but overall I can say ok...gi lah try !

    ReplyDelete

Thanks for your comments much appreciated !