PAGES

Saturday, July 23, 2011

Program Amal Bersama Anak Yatim & Miskin Sekinchan, Selangor


:: Gombak Qaseh Showcase @ Sekinchan ::


Pada 25 June 2011 ( Sabtu) yang lalu, Gombak Qaseh telah menganjurkan satu program kebajikan sambil beramal bersama anak-anak yatim piatu dan miskin bertempat di Sekinchan, Selangor. Seramai 31 orang anak-anak yatim ini telah diraikan dan menerima sumbangan berbentuk wang tunai RM50 setiap seorang berserta  goodie bag sumbangan daripada Telekom Malaysia , Astro Oasis dan juga sumbangan daripada orang ramai.

Aktiviti dan aturcara program yang dianjurkan oleh kumpulan pada hari tersebut adalah seperti berikut :

11.00 pagi

~ Ucapan alu-aluan daripada Ustaz Ayob selaku pengerusi dan pemilik pusat kebajikan anak-anak yatim dan miskin sekinchan.
~ Ucapan daripada Tol Sidang (ketua kampung) Encik Esa Ramly
~ Ucapan daripada Pengerusi Gombak Qaseh Encik Redzen
~ Sesi perkenalan dan beramah mesra bersama anak-anak yatim Sekinchan

12.30 tengahari
 ~ siap sedia untuk Solat Zuhur


 2.00 petang
~ Sedikit taklimat mengenai sukaneka sambil beramah mesra dengan anak-anak yatim tersebut.

2.30 petang
~ Acara sukaneka dimulakan (Indoor-game)
   i) Lambo Rock
  ii) Musical Chair
  iii) Puzzle
  iv) Hollahup

4.00 petang
~ Berehat sekejap untuk bersiap Solat Asar

5.30 petang
~ Acara sukaneka bersambung (Out-door game)
   i) bola ping pong dalam sudu
   ii) barisan terpanjang
  iii) tiup belon
  iv) sambut belon yang berisi air

Acara sukaneka tamat sebelum waktu maghrib kerana semua orang bersiap untuk Solat Maghrib. Selesai solat maghrib, program malam teruskan dengan bacaan doa selamat dan juga tazkirah. Habis sahaja bacaan doa selamat semua orang dijemput ke dewan makan untuk meneruskan aktiviti selanjutnya iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka dan juga penyerahan wang tunai hasil kutipan dan derma ikhlas daripada orang ramai kepada rumah anak-anak yatim dan miskin Sekinchan. Seperti biasa setiap program yang dianjurkan oleh Gombak Qaseh sesi bergambar adalah perkara wajib bagi mengabadikan kenangan bersama anak-anak tersebut.

Untuk melihat gambar-gambar pada hari tersebut sila layari di http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=10150218568742854&set=a.10150218539897854.298220.547857853&type=1&theater. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu kekurangan dan keperluan di rumah tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada Gombak Qaseh kerana telah menganjurkan program seumpama ini. Semoga jasa baik kalian akan mendapat balasan yang setimpal dariNya. Amin.

2 comments:

  1. Aida duduk Gombak ker ? Akak selalu juga ke sana kalau ada meeting pasal charity group akak nih. Gombak Qaseh nih satu komuniti / group sukarelawan yang selalu buat program kebajikan dan amal. Akak tubuhkan group nih 3 tahun yg lepas. Akak namakan Gombak Qaseh sebab rata2 ahlinya di kalangan orang Gombak kecuali akak jer....hehehe sesat dari PJ. Next event kalau nak joint bolehlah.

    ReplyDelete

Thanks for your comments much appreciated !